Ubat kuat pendekkan kemaluan dan pendekkan nyawa

myMetro: “Umur rakan saya itu hampir sebaya dengan saya. Dia mati ketika melakukan hubungan seks dengan isterinya. Saya yakin kematiannya ada kaitan dengan ubat kuat kerana sebelum pulang ke rumah dia memaklumkan kepada saya yang dia mengambil ubat yang kami namakan ‘pil sempoi’ untuk melayan isterinya.

Abang Zack berkata, berdasarkan pengalamannya yang pernah mengambil puluhan jenis ubat kuat sejak berusia 20-an, memang ada ketikanya hasil diharapkan tidak menjadi, sebaliknya berlaku komplikasi pada alat sulit.

“Satu pengalaman yang sukar dilupakan ialah apabila alat sulit saya mengecut dan menjadi pendek hanya kira-kira tiga inci. Keadaan itu berkekalan untuk beberapa hari, menyebabkan saya hampir panik.

“Esoknya saya menerima berita kematiannya dan ketika menghadiri pengebumiannya, saya dimaklumkan dia makan sebiji lagi pil sempoi sebelum mengadakan hubungan seks dengan isterinya,” katanya.

“Puas juga saya berjumpa beberapa tukang urut untuk memulihkan kembali ‘kecacatan’ itu, dan mujur seorang daripada mereka berjaya melakukannya. Jika tidak, pasti saya menyesal tak sudah,” katanya.

Ditanya tidakkah kejadian itu membuatkan dia serik untuk mengambil ubat kuat yang kebanyakannya dibeli di kaki lima atau daripada rakan, Abang Zack berkata, dia insaf hanya seketika kerana sukar untuk menghentikan amalan itu.

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: