Bersetubuh tanpa seurat benang

Apakah hukum seseorang itu bersetubuh dalam keadaan terang dan tiada seurat benang pada badannya?

Jika seseorang itu terlupa mandi wajib kerana haid atau kerana berjimak dan pada masa itu juga mereka bersetubuh, apakah hukumnya?

Bagi soalan pertama mengenai bersetubuh tanpa seurat benang, hukumnya makruh. Pasangan suami isteri dinasihatkan supaya menutup badan mereka dengan kain, umpamanya selimut.

Manakala bersetubuh sebelum mandi wajib selepas haid kering menurut kebanyakan ulama tidak dibenarkan. Oleh itu, isteri hendaklah mandi terlebih dahulu.

Hanya Imam al-Awza’i dan Ibn Hazm membenarkan bersetubuh (sebelum mandi), itu pun apabila isteri sudah membasuh atau membersihkan kemaluannya (Ibn Rushd, I: 94-96).

Sekiranya anda terlupa untuk mandi, mohonlah keampunan kepada Allah. Seterusnya mengulangi persetubuhan beberapa kali dibenarkan tanpa terlebih dahulu mandi wajib. Adalah disunatkan untuk mengambil wuduk terlebih dahulu.

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: