Lelong anak, Bapak Jenis Apa Ni…

Inilah hakikatnya yang terpaksa ditanggung seorang anak berusia lapan tahun yang cuba dilelong bapanya. Lebih malang lagi anak kecil ini dirantai ditiang lampu sebelum sibapa mengambil bidaan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli anaknya.

Yong Tsui, meletakkan sebuah meja kecil lengkap dengan dengan sekeping kertas yang menyatakan umur, nama dan keupayaan kanak-kanak itu untuk melakukan kerja berat.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di sini, tengah China itu menyebabkan sekumpulan lelaki naik berang dan memukulnya.

Budak itu yang dikenali sebagai Fai, kemudian diletakkan di bawah jagaan polis.

Bapa budak itu memberitahu polis bahawa ibu anaknya itu mati tiga tahun lalu dan dia tidak mampu untuk membesarkannya.

“Dia (bapa budak itu) tidak mempunyai pekerjaan. Dia tidak berminat dengan wang tetapi cuma untuk mencari sebuah tempat kediaman untuk anaknya,” kata seorang pegawai polis.

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: