Luna Maya tidak lagi malu

Selebriti Indonesia, Luna Maya tidak lagi malu untuk muncul di khalayak walaupun dia masih berdiam diri berhubung penyebaran video seks di Internet yang menampilkan pasangan mirip dirinya dan penyanyi band Peterpan, Ariel, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelmarin, pengacara, model yang juga aktres itu menyertai satu acara sukan selebriti di sini dan digandingkan dengan bekas jaguh badminton Indonesia, Ricky Subagja.

Namun, semasa meninggalkan tempat acara tersebut berlangsung, dia terpaksa berlari untuk mengelak diserbu kumpulan wartawan yang menunggunya sejak dari awal lagi.

“Acara olahraga di sini begitu mudah buat saya. Saya biasa bermain tenis,” kata Luna kepada pengacara pertandingan tersebut sebelum bergegas untuk beredar.

Kisah dia dan Ariel semakin panas di Indonesia apabila tersebarnya dua klip video seks di Internet.

Satu klip video menunjukkan lelaki mirip Ariel melakukan hubungan seks dengan Luna.

Namun, terdapat satu lagi klip yang menunjukkan seorang lelaki mirip Ariel berasmara dengan pengacara terkenal, Cut Tari yang merupakan bekas kekasihnya.

Kes pita video itu kini sedang disiasat oleh polis.

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: