Ariel, Luna Maya dan Cut Tari merupakan orang-orang laknat di muka bumi ini…

Isu kontroversi penyebaran video porno yang mengaitkan ArielLuna Maya dan Cut Tari sebagai pelakunya nampaknya sudah mula berada di tahap yang serius dan kritikal.

Ini kerana sudah banyak pihak yang dilihat secara terang-terangan mula membidas tindakan Ariel-Luna-Cut yang disifatkan sebagai tidak bermoral serta boleh mencemarkan nama baik mereka sebagai penganut agama Islam.

Padahal, baik Ariel mahupun Luna dan Cut, masing-masing masih belum terbukti bersalah dan siasatan berkaitan dengan isu kontroversi penyebaran video porno yang turut mengaitkan nama beberapa selebriti Indonesia yang lain ini masih lagi berjalan.

Beberapa wakil gabernor daerah di wilayah Bandung juga dilaporkan sudah mula meletakkan larangan kepada ketiga-tiga ini khususnya Ariel sendiri yang merupakan anak kelahiran Bandung untuk melakukan kegiatan seni mereka di tempat masing-masing.

Salah seorang daripada ialah wakil gabernor di Jabar, Dede Yusof .

“Saya hanya meletakkan larangan supaya dia (Ariel) tidak melakukan kegiatan seninya di Jabar. Saya tak menggam dia. Kalau dia nak pulang ke rumahnya di Bandung, silakan. Itukan rumahnya sendiri,” kata Dede.

Sementara itu, Massa Aliansi iaitu Organisasi Pergerakan Islam Kota Bandung pula dilaporkan telah membakar foto kertas bergambar Ariel-Luna Maya-Cut Tari.

Mereka mengganggap ketiga-tiga selebriti yang wajah mereka mirip seperti pelaku dalam video panas yang sedang luas beredar di internet ini sebagai sudah melanggar aturan Islam.

Aksi pembakaran foto Ariel, Luna Maya dan Cut Tari secara beramai-ramai ini telah dilakukan di depan Gedung DPRD Kota Bandung tadi.

“Ariel, Luna dan Cut Tari merupakan orang-orang laknat. Semoga dengan dibakarnya foto mereka, tidak ada lagi orang laknat di muka bumi ini,” kata koordinatornya, Muhammad Yosep Solehudin, di halaman Gedung DPRD tersebut.

Sejumlah aktivis itu juga bukan saja beriya-iya membakar foto kertas bergambar wajah ketiga-tiga selebriti tersebut. Tetapi mereka turut memijak-mijak foto kertas yang hangus dilahap api. Ada sekitar tiga lembar foto yang dibakar.

Sementara itu perwakilan Aliansi Organisasi Islam Kota Bandung, Suryana Nur Fatwa mengatakan, pihaknya mahu Ariel diharamkan membuat konsert di Bandung.

“Kami mengharamkan Ariel tampil di Bandung. Begitu juga Luna Maya dan Cut Tari. Mereka sudah mencoreng nama baik Islam,” jelasnya.

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: